Mesyuarat Polisi Dari 3 Bank Pusat Utama Ini Wajib Diberi Tumpuan!

342

Pasaran pada minggu ini dihiasi oleh tiga mesyuarat polisi dari bank-bank pusat utama yang pastinya akan menggegarkan pasaran mata wang yang kini dikuasai oleh pengukuhan dolar AS.

Berikut merupakan beberapa jangkaan yang dibuat oleh penganalisis menjelang berlangsungnya mesyuarat polisi dari ketiga-tiga bank pusat ini.

1. Bank Pusat New Zealand (RBNZ)

  • RBNZ dijangka akan menaikkan kadar faedah untuk kali keempat sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada hari Rabu (sesi Asia).
  • Terdapat penganalisis yang jangkakan kenaikan sebanyak 50 mata asas, tetapi disebabkan faktor kekangan bekalan, kenaikan harga, penutupan Covid-19 di China dan pertumbuhan global perlahan, ia mungkin tidak akan berlaku.

2. Bank Pusat Kanada (BOC)

  • BOC mungkin akan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi yang juga diadakan pada hari Rabu (sesi New York).
  • Dengan inflasi pada paras tertinggi 30 tahun, BOC pastinya akan memberi isyarat untuk mengetatkan lagi selepas kenaikan yang dibuat minggu ini.

3. Bank Pusat Eropah (ECB)

  • Berbeza dengan RBNZ dan BOC, ECB dijangka tidak akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat yang bakal berlangsung pada hari Khamis (sesi Eropah).
  • Walaupun inflasi meningkat, tetapi pertumbuhan ekonomi Eropah terhalang oleh sekatan ke atas Rusia, isu rantaian bekalan dan peningkatan kos makanan serta tenaga.
  • Namun, pelabur mengharapkan isyarat lebih jelas mengenai kenaikan kadar pada tahun ini oleh Presiden ECB, Christine Lagarde.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat