Penganalisis hampir pasti menjangkakan the Fed akan menaikkan kadar faedah pada minggu ini buat pertama kali dalam tempoh lebih dari tiga tahun dan para pelabur akan menumpukan pada bagaimana the Fed merancang untuk mengekang lonjakan inflasi yang dicetuskan oleh krisis Ukraine tanpa mencetuskan kemelesetan ekonomi.
Bank pusat A.S. dijangka sekurang-kurangnya akan meningkatkan kos pinjaman pada setiap tiga mesyuarat dasarnya yang seterusnya dalam rangka menangani inflasi terpantas dalam 40 tahun. Harga pengguna meningkat 7.9% setahun pada bulan Februari lalu.
Disisi yang lain pula pasaran buruh dan ekonomi telah mula pulih daripada pandemik Covid-19, dengan ini the Fed dalam mengurangkan risiko dalam ekonomi. Harus dimaklumi, sekatan Barat untuk menghukum Rusia kerana pencerobohannya ke atas Ukraine telah menyebabkan harga minyak dan komoditi lain melonjak, menambah lagi ketidaktentuan dalam ekonomi global.
Sidang berita Powell selepas tamat mesyuarat dasar dua hari pada hari Rabu akan dipantau dengan teliti untuk kemungkinan petunjuk tentang betapa agresifnya Fed dalam memerangi inflasi dan sama ada ia akan menghadapi risiko kemelesetan untuk meredakan tekanan harga.
The Fed juga pada hari Rabu akan mengeluarkan unjuran ekonomi suku tahunan yang telah dikemas kini. Pasaran turut menjangkakan the Fed akan menaikkan kadar tahun dengan lebih kerap dan tinggi. Menurut Zachary Griffiths, ahli strategi makro di Wells Fargo, adalah menarik untuk melihat sama ada mana-mana penggubal dasar mula menyemak semula jangkaan mereka untuk kadar terminal sebagai tindak balas kepada jangkaan inflasi.
Unjuran ekonomi baharu akan menunjukkan bagaimana para penggubal dasar melihat kelonggaran jangka pendek tekanan harga dan sejauh mana jangkaan pertumbuhan KDNK telah diturunkan.