Meta Facebook Tak Cukup Duit Untuk Ambil Pekerja Baru?

586

‘Syarikat besar pun ada isu kekurangan kos pengambilan pekerja, apatah lagi syarikat kecil-kecil.’

Akibat kekangan kos, Facebook milik Meta Platform Inc terpaksa mengurangkan pengambilan pekerja di syarikatnya.

Menerusi notis rasmi Meta, syarikat akan membuat penilaian semula mengikuti keperluan perniagaan berdasarkan peruntukan perbelanjaan yang diterima bagi tempoh pendapatan terkini.

Ekoran daripada itu, ia secara tidak langsung memaksa syarikat untuk memperlahankan pertumbuhan tenaga kerjanya.

Sumber dalaman syarikat menlaporkan bahawa Meta telah menurunkan sasaran pengambilan pekerja, selain menghentikan sementara pengambilan pekerja untuk baki tahun ini.

Sebagai rekod, minggu lalu Meta telah menyaksikan pertumbuhan hasil yang agak perlahan dalam tempoh sedekadnya sehingga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mark Zuckerberg mengesahkan bahawa syarikat terpaksa mengurangkan kos.

Pada sisi berbeza, Meta telah mengacah (tease) gambaran awal mengenai kedai fizikal pertamanya.

Kedai tersebut yang akan dibuka pada 9 Mei, bertempat di unit Meta Reality Labs Silicon Valley Burlingame, California, menampakkan skrin dari lantai ke siling yang memaparkan permainan set kepala realiti maya (VR) serta bilik menguji peranti panggilan video.

Dipercayai reka bentuk kedai itu bertemakan ‘estetika‘ yang dipelopori oleh Apple Inc apabila ia menubuhkan kedai runcitnya.

Pembukaan kedai tersebut mengukuhkan lagi idealogi syarikat yang melabur ke dalam VR dan membina ‘metaverse‘, yang mana unit tersebut bertanggungjawab membangunkan produk perkakasan Oculus VR.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat