Meta Lancarkan Kedai ‘Metaverse’ Pertama Pada Mei Ini!

160

Meta Platforms, Inc. (dulu: Facebook, Inc.) mengumumkan pelancaran kedai runcit fizikal yang akan berlangsung pada 9 Mei 2022, bertempat di kampus syarikat di Burlingame, California.

Kedai yang dinamakan sebagai Meta Store akan menjadi usaha pertama syarikat itu menjual produk fizikal, termasuk headset realiti maya (VR), Quest 2 dan peranti panggilan video, Portal.

Di sinilah peluang untuk penggunanya mencuba pelbagai aplikasi milik Meta seperti Beat Saber dan Real VR Fishing.

Tidak cukup dengan itu, Meta Store juga menawarkan demostrasi kaca mata pintar, Ray-Ban Stories yang dibangunkan dengan kerjasama Ray-Ban. Pun begitu, setiap pembelian peranti ini perlu dilakukan di laman web rasmi Ray-Ban.

Menurut pengurus Meta Store pertama itu, Martin Gilliard, kehadiran kedai fizikal memudahkan pengguna untuk kaitkan produk mereka dengan penyertaan ke dunia metaverse kelak:

“Kami tidak menjual metaverse di sini tetapi kehadiran dan penyertaan pengguna sedikit sebanyak membantu mereka untuk faham hubungkait antara produk dan metaverse.”

Meta bukanlah syarikat teknologi pertama yang membuka stor untuk pamer dan demostrasi perantinya.

Sebelum ini Google juga berbuat demikian, dan Microsoft pernah melancarkan 83 kedai fizikal pada 2020.

Apple pula sedia maklum, sudah memiliki ratusan kedai sejak 2001 dalam mempromosikan produk mereka dan layak untuk digelar ‘veteran’.

Apakah Meta ada rancangan untuk meluaskan permasaran produknya ke negara lain? Tiada siapa tahu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat