Meta Mengacah Teknologi Neural Interface Dalam Facebook!

389

‘Perghhh, teknologi metaverse makin jadi realiti ni.’

Sebuah gambar yang memaparkan pengerusi syarikat cermin mata pintar, EssilorLuxottica menggunakan gelang tangan berdasarkan antara muka bersaraf (neural interface) telah tular di laman media sosial.

Gambar tersebut telah dimuat naik oleh Ketua Eksekutif (CEO) Meta Platforms Inc, Mark Zuckerberg di laman Facebook rasminya bagi mengacah (tease) projek terbaharunya yang bakal digunakan dalam metaverse.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Zuckerberg pada gambar itu, pengerusi EssilorLuxottica, Leonardo Del Vecchio sedang memperagakan prototaip gelang tangan neural interface EMG [elektromiografi] yang membolehkan beliau mengawal cermin mata pintar serta peranti lain.

Umum mengetahui bahawa pada Oktoebr lalu, Meta merancang untuk membangunkan gelang tangan yang akan mengawal cermin mata realiti maya (VR), selain membolehkan pengguna berinteraksi dengan dunia maya menggunakan pergerakan jari.

Ini bukan sesuatu yang baharu kerana syarikat teknologi lain seperti Amazon.com Inc, Apple Inc dan Alphabet Inc Google telah dahulu membangunkan perniagaan teknologi boleh pakai (wearable tech).

Idea disebalik cermin mata VR yang dibangunkan adalah sebagai langkah yang boleh menggantikan telefon mudah alih suatu hari nanti.

Berbalik kepada Meta, mereka telah menjalinkan kerjasama dengan EssilorLuxottica pada 2020 dalam membangunkan cermin mata VR.

Antara yang terbaharu, mereka menjual bingkai seperti model Ray-Ban Wayfarer klasik yang membolehkan pemakai mengambil gambar dan mendengar muzik serta panggilan pada tanda harga bermula dari $299.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat