Meta Milik Facebook Peroleh Superkomputer AI Terpantas Di Dunia

1,140

Macam dah makin dekat ja kita dengan Metaverse.

Pasukan penyelidik Meta Platform Inc sedang mencipta sebuah superkomputer kecerdasan buatan (AI) baru yang dipercayai bakal menjadi sebuah superkomputer terpantas di dunia dan dijangka siap menjelang pertengahan 2022.

Superkomputer tersebut, AI Research SuperCluster (RSC), dikatakan dapat membantunya untuk membina model AI yang berkemampuan untuk belajar daripada bertrilion contoh dengan berfungsi menganalisis ratusan bahasa, teks, imej dan video serta menentukan kandungan yang dipaparkan bersesuaian untuk tatapan atau memudaratkan.

Jurucakap Meta menyatakan syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Nvidia Corp, Pure Storage Inc dan Penguin Computing dalam membina superkomputer yang dipercayai sebuah superkomputer AI terpantas buat masa ini.

Ini merupakan langkah Meta Platfrom dalam merealisasikan rancangan masa hadapannya untuk membina Metaverse.

Umum mengetahui pada Oktober tahun lalu syarikat gergasi media sosial tersebut telah menukar namanya dari Facebook kepada Meta bagi mencerminkan fokusnya kepada Metaverse.

Ketua pegawai eksekutif Meta, Mark Zuckerberg dalam catatannya di Facebook menyatakan dalam membina dunia Metaverse, mereka memerlukan sebuah komputer yang boleh menjana kuasa sebanyak berjuta-juta operasi per saat dan RSC merupakan jawapannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat