Mexico Membuka Jalan Supaya Perbincangan NAFTA Dilanjutkan Sehingga 2018

53

Mexico bersedia dengan sebarang kebarangkalian untuk perbincangan perjanjian perdagangan NAFTA yang rumit ini ditangguhkan sehingga tahun 2018, melebihi tarikh akhir yang ditetapkan pada akhir Disember tahun ini. Hal ini bertujuan agar tidak menganggu kempen pilihan raya pemilihan presiden Mexico yang akan bermula pada bulan Mac tahun hadapan.

Pertemuan 5 hari di Ottawa diantara U.S, Kanada dan Mexico telah menunjukkan tanda-tanda positif dalam rundingan. Walaubagaimanapun banyak gerak-kerja yang harus dilakukan sebelum akhir tahun ini agar dapat mencapai keputusan yang muktamad.

Menteri ekonomi Mexico, berpendapat isu yang dibincangkan dalam pusingan seterusnya di Washington pada 11-15 Oktober akan lebih mencabar.

Ketiga-tiga negara itu optimis untuk menyelesaikan rundingan itu secepat mungkin dan melakukan rombakan terhadap perjanjian NAFTA yang telah berusian 23 tahun walaupun terdapat kesangsian dalam kalangan pakar-pakar perdagangan bahawa tarikh akhir yang dijangkakan adalah mustahil.

Hal ini adalah disebabkan terdapat kritikan daripada pegawai-pegawai Kanada dan Mexico terhadap pentadbiran Trump rentetan isu-isu kontroversi yang ditimbulkan.

Seperti, selepas US memperkenalkan perlaksaanan subsidi awal ke atas Bombardier Inc, pembuatan kapal perang  daripada Canada namun ditentang oleh Boeing Co dengan tunduhan bahawa Kanada tidak adil dalam perlaksanaan subsidi keatas jet CSeries mereka.

” Isu-isu seperti ini memberi indikasi bahawa rundingan yang sedang dijalankan tidak akan begitu mudah.” ujar Freeland, Menteri luar negeri Kanada.

Jumlah perdagangan sesama 3 negara itu telah meningkat 4 kali ganda sejak perlaksanaan perjanjian NAFTA pada tahun 1994, iaitu melebihi $1 trillion pada tahun 2015.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat