Microsoft Nak Beli TikTok?

449

Rancangan Microsoft Corp untuk membeli syarikat operasi TikTok di Amerika Syarikat telah menerima kritikan hebat daripada para pelabur terkemuka China dan menimbulkan kemarahan di laman media sosial negara tersebut. Syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat itu telah menyatakan hasratnya semalam sejurus selepas Presiden Donald Trump, mendedahkan risiko keselamatan negara yang dicetuskan oleh aplikasi video pendek berkenaan serta merancang untuk menjalankan sekatan terhadapnya. Selain itu, syarikat tersebut turut diberikan tempoh selama 45 hari untuk mengadakan rundingan bersama.

Melalui rancangan pembelian itu, Microsoft berpeluang untuk   menjadi pesaing utama syarikat gergasi media sosial seperti Facebook Inc dan Snap Inc. Di samping itu, syarikat yang memiliki rangkaian media sosial LinkedIn untuk pekerja profesional itu juga berusaha untuk membeli kepentingan TikTok di Kanada, Australia, dan New Zealand.

Walau bagaimanapun, ByteDance belum membuat pendedahan secara terbuka mengenai perbincangan penjualan aplikasi miliknya itu. Menurut sebuah sumber, pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu telah pun mengadakan perbincangan dengan salah sebuah syarikat teknologi yang dirahsiakan identitinya bagi memastikan kelangsungan operasinya di Amerika Syarikat.

Seterusnya, jika kedua-dua buah syarikat berjaya mencapai kata sepakat, sudah pasti perjanjian yang dimaterai itu mempunyai nilai yang mencecah bilion dolar bahkan mampu untuk meruntuhkan hubungan antara 2 buah negara iaitu Amerika Syarikat dan China.

Menurut salah seorang pelabur ByteDance, pembelian tersebut disifatkan sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat kepada syarikat itu.

Namun begitu, ByteDance dan kerajaan China tidak mengeluarkan apa-apa maklum balas berkenaan isu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat