MicroStrategy Punca BTC Pulih, Tapi Harga Terciduk Lagi Sebab Jerman!

406

“Sangat menjengkelkan, baru nak naik dah terjun balik. Bagi harapan palsu betullah.”

Sejurus selepas melepasi $66,500, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menerjun semula sehingga $64,591 apabila kerajaan Jerman menjual simpananan BTC yang dirampas daripada pengendali laman web cetak rompak filem secara besar-besaran.

Diperjelaskan lebih lanjut, kerajaan telah bertindak menjual BTC bernilai lebih $195 juta dalam masa 24 jam lalu kemudian memindahkan jumlah lebih besar pada hari Rabu lepas pada beberapa wallet yang berbeza.

Langkah penting tersebut mengikuti corak transaksi BTC berskala besar baru-baru ini yang dimulakan oleh pihak berkuasa Jerman dengan jumlah besar disalurkan ke bursa kripto utama seperti Coinbase, Kraken dan Bitstamp.

Dalam urus niaga terkini, kerajaan Jerman memindahkan BTC bernilai $65 juta pada kemungkinan pertukaran deposit dan biarpun terdapat jualan besar-besaran, pihak berkuasa Jerman masih memegang $3.05 bilion dalam BTC.

Namun perlu diketahui harga BTC semalam yang memulih sekejap di atas $66,000 adalah susulan daripada MicroStrategy yang membeli 11,921 BTC tambahan bernilai $786 juta, di mana kini firma itu memiliki 226,331 BTC secara keseluruhannya.

Berbalik pada kejatuhan BTC, harganya turut terkesan disebabkan whales yang menjual BTC bernilai $1.2 bilion dan sebahagian daripada penjual itu adalah miner BTC yang menjual pegangannya untuk mengimbangi pendapatan yang berkurangan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.31% pada paras $64,903 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.2 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 2.73% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat