MicroStrategy Tak Teragak Cairkan Aset Bitcoin Jika…

226

Pegawai eksekutif MicroStrategy, Michael Saylor mengeluarkan kenyataan mengenai rizab Bitcoin (BTC) firma tersebut yang bernilai $400 juta boleh dicairkan pada bila-bila masa.

Walaupun ketika ini kedudukan bitcoin turun naik, Saylor menyangkal jika tujuan dagangan matawang kripto itu kerana situasi yang tidak menentu.

Malah, beliau juga tidak teragak-agak untuk mengalihkan 38,250 BTC milik firma itu jika berlaku lonjakan hasil aset alternatif.

Sebenarnya, tindakan menjual aset kripto pada jumlah yang besar akan menyebabkan penyusutan harga yang teruk, seperti penyusutan harga bitcoin sehingga bawah $9,000 pada Jun gara-gara tindakan jutawan kripto.

Menurutnya lagi, jika keadaan menuntutnya untuk mencairkan $200 juta Bitcoin, hari Sabtu akan menjadi pilihannya.

MicroStrategy, sebuah syarikat perisikan perniagaan telah membeli 21,454 BTC pada harga $250 juta, menjadikan matawang kripto sebagai aset rizab utama.

Firma itu kemudiannya menambah lagi 16,796 BTC dengan harga $175 juta susulan daripada pelaburan awal.

Jumlah keseluruhan pemilikan firma itu kini bernilai sekitar $401.5 juta dengan penyusutan 6% aset kripto, membawa pulangan negatif 3.2% selepas enam minggu.

Walaupun diselit dengan pelbagai kontroversi penipuan, tidak dinafikan Bitcoin semakin terkenal pada tahun ini, melonjak dari sekitar $7,000 pada Januari sehingga menembus paras $11,000 pada September.

Ini membuktikan keyakinan terhadap Bitcoin semakin meningkat berikutan risikonya yang kurang daripada pemilikan tunai dan emas ketika wabak COVID-19 menyerang seluruh negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat