Minggu Ini Dimulakan Dengan Data Bercampur-Campur Dari Australia

44

Data impak tinggi minggu ini dimulakan dengan laporan jualan runcit dari Australia yang menunjukkan perbelanjaan kukuh penduduk negara ini pada Januari. Tahun 2017 dimulakan dengan jualan yang meyakinkan sekaligus menunjukkan perbelanjaan isirumah yang akan terus menyokong pemulihan ekonomi Australia.

Jualan runcit pada Januari meningkat 0.4% kepada $AS 25.76 billion yang sejajar yang menepati jangkaan pasaran. Pada bulan sebelum itu, data ini berkurang sebanyak 0.1% pada Disember yang juga merupakan kejatuhan pertama sejak 2015.

Data jualan runcit adalah petunjuk ekonomi yang penting bagi mengukur perbelanjaan penguna di Australia, yang mana mewakili setengah daripada pertumbuhan ekonomi (GDP) negara ini.

Permintaan isirumah atau perbelanjaan penduduk adalah faktor penting yang menyumbang kepada ekonomi pada suku keempat 2016 di mana Australia berjaya mengelak daripada kemelesetan yang direkodkan pada suku ketiga.

Satu lagi data penting yang dikeluarkan pagi tadi ialah data harga pengguna yang dikeluarkan oleh pihak swasta iaitu Institut Melbourne. Data kali ini merekodkan penurunan pertama sejak tujuh bulan lalu yang menggambarkan polisi monetari pelonggaran bank pusat kurang memberi impak kepada kenaikan harga (inflasi).

Data TD-Securities-Melbourne merekodkan kejatuhan 0.3% pada Februari berbanding kenaikan 0.6% yang dicatatkan pada Disember.

Data hari ini bercampur-campur bagi negara kangaroo ini di mana jualan runcit merekodkan kenaikan yang menepati jangkaan pasaran manakala data harga pengguna pula jatuh pada Februari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat