Minggu Kritikal Buat Emas, Sambung Terbang Atau Junam?

394

Harga emas didagangkan stabil pada awal minggu dengan pelabur kini menantikan mesyuarat polisi FOMC dan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang dijadualkan pada minggu ini.

Ketika sesi Asia, spot emas sedikit berubah pada sekitar harga $1,925 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,942 per auns.

Pergerakan yang dipamerkan komoditi emas sejajar dengan pasaran mata wang berikutan pelabur mula berwaspada menjelang keputusan mesyuarat bank pusat dan data-data ekonomi utama.

Logam kuning itu berundur dari puncak tertinggi 9 bulan, $1,949 per auns, pada minggu lalu setelah data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS menunjukkan bacaan lebih baik daripada dijangkakan.

Harga bagaimanapun gagal menunjukkan reaksi apabila data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) teras AS menambah bukti bahawa tekanan harga semakin mereda dan menguatkan jangkaan untuk keputusan Federal Reserve (Fed) minggu ini.

Fed dijangkakan secara meluas akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas dengan kenyataan susulan daripada Pengerusi Jerome Powell bakal menjadi tumpuan pelabur.

Emas sangat sensitif terhadap prospek kadar faedah kerana kadar yang lebih tinggi meningkatkan kos peluang untuk memegang jongkong tidak menghasilkan dan sebaliknya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat