Minggu Kritikal Buat Pasaran FX! USD Kekal Kukuh

784

Pembukaan dagangan awal sesi Asia menyaksikan US dolar kembali meningkat dengan didagangkan di paras tertinggi 2 setengah minggu berbanding kebanyakan matawang utama.

Kenaikan ini menyusuli peningkatan dalam hasil bon AS dan pengukuhan data indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), yang biasanya menjadi pilihan Federal Reserve (Fed) untuk ukuran inflasi.

PCE, tidak termasuk harga komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu, meningkat 0.2% pada September. Secara tahunan, indeks harga PCE teras meningkat 3.6% selepas kenaikan yang sama pada bulan sebelumnya.

Bacaan yang kukuh ini kembali meningkatkan optimisme pasaran untuk bank pusat AS menaikkan kadar lebih awal dari dijangkakan.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan meningkat pada 94.16, tidak jauh dari paras yang tertinggi yang dicapainya pada akhir minggu lalu.

Tumpuan minggu ini terarah kepada mesyuarat polisi FOMC, Bank of England (BOE), Bank Pusat Australia (RBA) dan laporan pekerjaan NFP AS yang akan membawa pergerakan besar dalam pasaran matawang.

Euro memadamkan keuntungan yang diraih dari data ekonomi AS yang lemah pada minggu lalu, menyebabkannya didagangkan lemah pada 1.1558 berbanding dolar greenback ketika sesi Asia.

Sementara matawang pound pula turut mencatatkan penyusutan susulan lonjakan semula US dolar, membawanya lebih rendah untuk diniagakan pada sekitar harga 1.3685 berbanding USD.

Berbanding matawang yen pula, US dolar didagangkan menguat di paras ketinggian hampir satu setengah minggu susulan peningkatan hasil bon AS 10 tahun yang naik ke tahap 1.7% sebelum sedikit susut pada 1.57%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat