Minggu Kritikal Buat Pasaran,Prestasi US Dolar Jadi Tanda Tanya!

408

US dolar melonjak ke paras tertinggi hampir tiga tahun berbanding matawang yen pada hari Isnin berikutan para pelabur memiliki keyakinan bahawa the Fed akan mengumumkan pengurangan pembelian bon pada bulan hadapan.

Laporan pekerjaan yang kurang memuaskan telah mendorong hasil bon A.S meningkat lebih tinggi. Matawang yen yang sensitif terhadap perbezaan kadar faedah berjaya menyetuh paras 113 yen per dolar untuk pertama kalinyak sejak Disember 2018.

Matawang yen juga terkesan berbanding matawang berisiko dengan matawang Australia mengukuh berbanding US dolar. Hal ini berikutan harga minyak mencecah paras tertinggi selepas beberapa tahun berhadapan krisis tenaga yang mencengkam ekonomi utama.

Pemain pasaran memberi tumpuan pada data indeks harga pengguna dan pejualan runcit yang akan dikeluarkan pada minggu ini. Menurut Kathy Lien, pengarah urusan di BK Asset Management, para pelabur perlu berhati-hati jika jumlah inflasi dan perbelanjaan pengguna jatuh kerana ia mendorong penyusutan US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh 0.14% kepada paras dagangan 94.213. Hasil bon A.S 10 tahun mencapai paras tertinggi empat bulan 1.617% pada hari Jumaat, walaupun setelah data menunjukkan ekonomi AS mencipta pekerjaan paling sedikit dalam sembilan bulan pada bulan September.

Kebimbangan mengenai inflasi tidak terhad kepada Amerika Syarikat, dengan gangguan bekalan dan kenaikan harga komoditi yang mempengaruhi banyak negara.

Matawang pound UK mengukuh kepada paras dagangan $ 1.3627, dengan harapan yang semakin meningkat terhadap Bank of England berkemungkinan menaikkan kadar faedah untuk mengekang inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat