Minggu Ni USD/JPY Nak Terhempas Rendah Semula?

181

Selepas terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang suram membuatkan pelabur kembali beralih kepada pandangan yang lebih dovish terhadap penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) dengan jangkaan kenaikan kadar faedah yang bakal diperlahankan.

Pelabur melihat sektor perkhidmatan yang paling ketara merosot dengan mencatatkan pengucupan kepada 44.1 mata lebih rendah berbanding daripada jangkaan yang bakal meningkat kepada 49.8. Begitu juga dengan data sektor pembuatan yang menyusut kepada 51.3 mata menunjukkan pertumbuhan dalam sektor pembuatan juga mengucup rendah sejak Julai 2020.

Walaupun kebanyakan data yang diterbitkan suram, masih lagi terlalu awal untuk memberikan gambaran bahawa Fed akan mengubah padangan hawkish mereka disebabkan laporan ini kerana masih banyak data utama perlu diteliti oleh bank pusat.

Selain itu, pelabur bakal menantikan persidangan simposium ekonomi Jackson Hole yang bakal berlangsung pada Jumaat dan Sabtu untuk mendapatkan petunjuk terbaru mengenai penetapan dasar AS dalam ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell.

Menampilkan pergerakan harga pada carta pasangan USD/JPY, harga mendatar di atas zon 137.000 selepas kenaikan yang berjaya dipamerkan pada corak bullish minggu lalu.

Sesi dagangan Asia bersambung ke sesi Eropah semalam masih menyaksikan harga mendatar di zon tersebut sebelum penurunan harga berlaku di sesi New York ekoran terbitan data PMI AS yang melemahkan US dolar.

Penurunan harga telah mencecah sekitar 135.800 selepas melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY memberi isyarat awal untuk permulaan bagi perubahan trend bearish buat harga.

Bersambung ke dagangan sesi Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan di bawah paras halangan harga 137.000 dengan tanda-tanda untuk menyambung penurunan lebih rendah pada sesi-sesi berikutnya.

Jika harga meneruskan penyusutan ke paras yang lebih rendah, harga dijangkakan bakal meninjau paras 135.000 semula untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah untuk pergerakan trend bearish yang lebih jelas akan mendorong harga untuk menuju ke zon support seterusnya pada 132.000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak dan melepasi halangan pada zon 137.000,paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan untuk isyarat harga menyambung semula pergerakan trend bullish pada minggu-minggu sebelum ini.

Sasaran kenaikan seterusnya berpotensi untuk mencapai paras ketinggian pada 139.00, mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat