Minggu Penting Rundingan Brexit – Ulasan Barnier Berjaya Naikkan ‘Mood’ Pasaran!

317

Perunding Kesatuan Eropah bagi urusan perdagangan Brexit dengan UK berpendapat bahawa rundingan tersebut terus menunjukkan perbezaan besar namun kedua-dua pihak tekad untuk mencapai kesepakatan.

Menurut Michel Barnier, ‘masa yang berbaki adalah semakin suntuk namun kedua-dua pihak sedang berusaha sedaya mungkin untuk mencapai kesepakatan.

Walaupun telah melepasi waktu kritikal iaitu pertengahan November, perunding perdagangan kedua-dua belah pihak kembali menyambung semula sesi rundingan mengenai hala tuju pedagangan EU-UK menjelang tarikh akhir perjanjian pasca Brexit yang berakhir pada 31 Disember.

Dalam beberapa mingu terakhir, tumpuan masih diberikan pada jurang perbezaan utama. Kedua-dua pihak masih belum menemui kesepakatan dalam isu perikanan dan persaingan yang adil untuk syarikat termasuk bantuan negara.

Perbincangan secara bersemuka telah diberhentikan buat sementara waktu bemula pada minggu lepas selepas anggota delegasi Kesatuan Eropah disahkan positif Covid-19. Atas dasar itu, rundingan kini dijalankan atas talian dan akan bersambung secara bersemuka di London bila keadaan semakin selamat.

Berdasarkan laporan The British Sun melaporkan rundingan yang dijalankan pada hujung minggu menunjukkan bahawa para pihak perunding sedang meneliti klausa yang akan membenarkan rundingan semula mengenai peraturan penangkapan ikan dalam masa beberapa tahun akan datang.

Sumber lain mengesahkan hal tersebut namun kedua-dua pihak tekad untuk mementerai kesepakatan sebelum tarikh akhir. Pound Sterling didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar pada awal minggu dengan peningkatan sebanyak 0.86% sementara US dolar bergerak lemah dalam pasaran ekoran sentimen positif vaksin yang masih menjadi perhatian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat