Minggu Yang Sibuk Ini Bakal Menyaksikan Banyak Kenyataan Dari Bank-Bank Pusat Utama Dunia!

69

Yen menguat pada hari Isnin menjelang minggu yang sibuk buat pasaran matawang berikutan kenyataan bank-bank pusat utama.

USD/JPY merosot 0.03%, manakala AUD/USD didagang menurun 0.16%.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Di New Zealand, imbangan perdagangan mencatat defisit yang lebih luas sebanyak NZ$3.1 billion pada Ogos.

NZD/USD didagang menurun 0.21% selepas data tersebut dikeluarkan.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 95.41.

Dalam minggu ini, Pengerusi Fed, Janet Yellen akan mengeluarkan kenyataan disebalik ketidaktentuan berterusan mengenai prospek kenaikan kadar Amerika Syarikat. Ucapan daripada Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi juga dijangka akan menjadi tumpuan bagi sebarang isyarat tambahan mengenai rangsangan monetari bagi meningkatkan ekonomi.

Disamping itu, kenyataan Gabenor Bank of Japan juga dinanti berikutan keputusan bank pusat dalam mengubah suai rangka kerja dasar. Bank of Japan dikatakan tidak akan mengembangkan program pembelian asetnya namun memberi tumpuan kepada pengubahsuaian kadar faedah untuk mencapai sasaran inflasi.

Satu lagi fokus pasaran pada minggu ini ialah debat diantara Presiden Amerika Syarikat iaitu Hillary Clinton dan Donald Trump.

Minggu lalu, matawang Amerika Syarikat sedikit pulih berbanding matawang yang lain selepas pelabur matawang mencerna pengumuman dasar oleh Fed dan Bank of Japan.

Dalam pengumuman itu Fed telah mengurangkan jangkaan kenaikan dasar pada tahun 2017 dan 2018.

Mesyuarat dasar Fed seterusnya dijadual pada awal November dan pertengahan Disember.

Selain itu, Setiausaha UK, Boris Johnson berkata, beliau menjangka negaranya akan memulakan rundingan formal Brexit pada awal tahun depan. Britain juga dijangka pulih lebih awal dari jangkaan selepas keluar dari Kesatuan Eropah.

Tandakan Siap-Siap Event Penting Sepanjang Minggu Ini Di Kalendar Anda!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat