Minit FOMC Sekali Lagi Gegar Dominasi USD!

660

Dolar Amerika mengukuh di paras tertinggi dua tahun disokong oleh laporan minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan kebanyakan penggubal dasar Federal Reserve (Fed) bersedia untuk kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan mata wang utama diniagakan menguat pada 99.55, tahap tertinggi pernah dicapai sejak Mei 2020.

Menurut minit mesyuarat yang diterbitkan pada awal pagi Khamis, para penggubal Fed melihat kenaikan kadar yang tinggi adalah sesuai dilaksanakan pada mesyuarat akan datang, terutamanya jika tekanan inflasi meningkat.

Mereka juga sebenarnya lebih memilih untuk menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas untuk kenaikan pada mesyuarat bulan Mac baru-baru ini.

Penggubal dasar Fed juga bersetuju untuk mengurangkan kunci kira-kira (balance sheet) sebanyak $95 juta sebulan yang merangkumi $60 bilion pegangan Perbendaharaannya dan $35 bilion sekuriti bersandarkan gadai janji dalam tempoh tiga bulan.

US dolar sebelum ini telah meningkat tinggi selepas Gabenor Fed, Lael Brainard biasanya pembuat dasar yang lebih dovish berkata beliau menjangkakan gabungan kenaikan kadar dan pengurangan kunci kira-kira dengan lebih cepat untuk mendorong dasar ke kedudukan yang lebih neutral.

Sementara itu, mata wang euro terus didagangkan melemah di paras terendah dua tahun berbanding USD setelah ditekan oleh prospek sekatan Barat terhadap ekonomi Rusia dan pilihanraya presiden Perancis.

Selain itu, dagangan pound juga turut suram di tahap terlemah satu bulan berbanding dolar greenback yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat