Minit Mesyuarat FOMC Nanti Boleh Dorong Kenaikan Emas Lagi Ke?

779

Ketika US dolar mula memaparkan kestabilan, dagangan logam kuning pula kembali menurun ke bawah paras harga $2,000 per auns pada awal sesi pasaran Eropah menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC oleh Federal Reserve (Fed) AS.

Pada sesi New York sebelum ini, logam berharga itu meningkat lebih tinggi sehingga mencecah paras harga $2015 per auns, tetapi kembali menyusut pada sesi Asia dan Eropah hari ini.

Spot emas didagangkan susut di sekitar harga $1,989 per auns, dengan niaga hadapan emas pula menurun kepada $1,997 per auns (3.50 petang waktu Malaysia).

Memasuki sesi Eropah, dolar greenback sudah mula menunjukkan kestabilan pada 92.26, namun masih didagangkan rendah berbanding sekumpulan matawang utama.

Walaupun Fed dijangka tidak akan memberi isyarat mengenai langkah rangsangan baru dalam minit mesyuarat kali ini, namun pelabur akan memberi tumpuan kepada sebarang perubahan terhadap pendekatan Fed untuk inflasi yang mana ia boleh memberi kesan negatif kepada US dolar, menurut penganalisis.

US dolar yang juga dianggap sebagai matawang safe-haven, telah kehilangan tarikannya sebelum ini setelah Fed melancarkan langkah rangsangan dan mengurangkan kadar faedah kepada hampir sifar untuk mengimbangi ekonomi daripada impak coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat