Minit Mesyuarat RBA: Harga Rumah di Sydney Meningkat 15% Tahun Ini

51

The Reserve Bank of Australia RBA (Bank Pusat Australia) dalam minit mesyuarat semalam mengatakan hanya ada sedikit perubahan kepada prospek ekonomi dalam mesyuarat November berikutan kenyataan terkini dalam polisi monetari.

Dalam minit mesyuarat pada 1 November itu menyatakan, “Dalam membuat keputusan polisi monetari, semua ahli mengakui data-data ekonomi antarabangsa dan domestik sejak beberapa bulan ini menepati jangkaan awal dan ada juga sedikit perubahan sejak pembentangan polisi pada Ogos”.

Minit RBA juga menyatakan, “Melihat keadaan dalam sektor perumahan yang semakin mencabar”, yang disebabkan peningkatan harga di bandar seperti Sydney dan Melbourne. Sydney dikenali sebagai pasaran perumahan yang terkemuka belum lagi menunjukkan tanda-tanda perlahan dan harga rumah telah pun meningkat sehingga 15% tahun ini.

RBA mengekalkan kadar pada 1.50% pada mesyuarat baru-baru ini. RBA menjangkakan pertumbuhan KDNK akan berada di antara 2.5% dan 3.5% sepanjang dua tahun ke depan. Jangkaan ini tidak diubah sejak Ogos lepas semasa pembentangan jangkaan ekonomi suku kedua. Kenyataan polisi monetari ini akan dibuat setiap suku tahunan iaitu empat kali setahun.

Kali terakhir bank pusat Australia (Reserve Bank of Australia) memotong kadar faedah (kepada 1.5%) ialah pada Ogos lepas dan RBA sudah memotong kadar dua kali pada tahun ini. Pemotongan ini berhasil menaikkan nilai CPI.

Data CPI, Consumer Price Index (Indeks Harga Pengguna) yang dikeluarkan pada bulan lepas mencatatkan nilai yang lebih baik dari jangkaan. Statistik yang agak baik ini banyak disumbangkan oleh sektor tani buah-buahan dan sayuran.

Data CPI iaitu 0.7% mengatasi jangkaan penganalisis iaitu 0.5%. Namun, pihak RBA mengatakan inflasi masih lemah tetapi dijangkakan akan meningkat secara berkala.

 

Suku Ketiga: Pertumbuhan Ekonomi di Zon Eropah Mendatar

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat