Minit RBA: Adakah Ini Petanda Pelabur Perlu Siap-Sedia?

245

Minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) mengejutkan pasaran dengan menunjukkan penggubal dasar ada mempertimbangkan untuk menghentikan sementara kitaran pengetatan dasarnya pada mesyuarat polisi Disember.

Dengan pertimbangan untuk kenaikan 25 mata asas dan 50 mata asas, terdapat penggubal dasar yang menyokong untuk menjeda (pause) kenaikan kadar.

Pun begitu, disebabkan RBA masih berusaha menentang inflasi, bank pusat memutuskan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 3.10%.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh lapan bulan ketika pengetatan berjalan, penggubal dasar mencadangkan untuk ‘berehat’ dalam kenaikan kadar.

Meneliti lebih lanjut laporan yang diterbitkan pada sesi Asia, RBA meramalkan inflasi akan mengambil masa beberapa tahun untuk kembali ke sasaran 2% walaupun mereka meneruskan pengetatan.

Bagaimanapun, bank pusat itu masih tetap dengan pendirian untuk melanjutkan kenaikan kadar faedah dengan mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa ia akan ditentukan oleh data yang masuk.

Dalam pada itu, minit tersebut juga menunjukkan bahawa penggubal dasar melihat ketidakpastian yang besar untuk prospek ekonomi dengan masa dan tahap kemungkinan kelembapan dalam perbelanjaan isi rumah masih tidak jelas.

RBA telah menaikkan kadar sebanyak 3 mata peratusan sejak Mei ketika ia bergelut dengan inflasi terpantas dalam lebih tiga dekad.

Bank pusat itu bagaimanapun menjadi yang pertama beralih ke arah pengetatan dasar yang lebih perlahan pada Oktober.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat