Minyak Mentah Global Bakal Memulih, Kenyataan Fed Beri Harapan

268

Hari ini, harga minyak mentah sedikit naik selepas laporan mesyuarat Federal Reserve (Fed) menunjukkan kadar inflasi masih terkawal dan Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken bersedia untuk melawat Timur Tengah untuk meredakan konflik Israel-Hamas daripada meluas.

Kini, harga minyak mentah Brent naik sebanyak 31 sen (0.4%) kepada $77.90 per tong dan minyak mentah West Texas Intermediate AS pula meningkat 43 sen (0.6%) kepada $72.62 pada jam 2 tengah hari tadi.

Kedua-dua pasaran minyak mentah ini menunjukkan pergerakan positif pada minggu pertama tahun ini. Apabila harga sudah mencapai paras stabil daripada kerugian kerana penghasilan petrol dan stok penyulingan yang berlebihan.

Pada mesyuarat Fed terkini, tidak ada menyebut berkenaan jangkaan pemotongan kadar faedah. Namun, perbincangan itu lebih fokus berkenaan kadar inflasi yang terkawal dan kebimbangan yang meningkat tentang risiko pengetatan dasar monetari untuk ekonomi.

Sementara itu, kadar faedah yang lebih rendah mampu mengurangkan kon pinjaman pengguna dan boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi seperti permintaan minyak mentah.

Selain itu, konflik di Timur Tengah juga turut memberi kesan tentang kebimbangan bekalan minyak mentah. Menurut Menteri Pertahanan Israel, tentera mereka merancang untuk serang di bahagian utara Gaza untuk membunuh pemimpin-pemimpin Hamas.

Blinken akan bergerak ke Timur Tengah pada masa terdekat untuk diplomasi selama seminggu dan membantu menghalang konflik daripada terus berkembang.

Data Pentadbiran Maklumat Tenaga AS menunjukkan stok petrol minggu lepas mencatatkan kenaikan tertinggi sepanjang tempoh 30 tahun dan produk sulingan yang dibekalkan serta proksi untuk permintaan jatuh ke paras terendah sejak 1999.

Walau bagaimanapun, situasi yang semakin parah di Timur Tengah, jangkaan pemotongan kadar faedah dan konflik perkapalan di Laut Merah bakal memberi jawapan kepada pasaran minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat