Minyak Mentah Global Bergelut diparas Terendah Dalam Tempoh 5 Minggu!

35

Harga minyak mentah bergelut di paras terendah bagi tempoh lima minggu dalam perdagangan sesi Eropah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap masalah lebihan bekalan global selepas data AS menunjukkan bahawa stok simpanan minyak mentah merosot di bawah jangkaan pada minggu lepas.

Minyak WTI mentah kehilangan sebanyak 39 sen atau sekitar 0.8 peratus kepada $47.43 setong. Penanda aras bagi minyak mentah antarabangsa ini menyentuh tahap yang paling lemah sejak 27 Mac pada Rabu.

Di tempat lain, minyak Brent bagi penghantaran Julai menyusut sebanyak 43 sen kepada AS$50.36 setong, tidak jauh daripada tahap terendah dalam tempoh lima minggu yang dicatat pada Selasa.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS semalam memaklumkan dalam laporan mingguannya bahawa inventori minyak mentah jatuh sebanyak 930,000 pada minggu berakhir 28 April, kurang dari jangkaan.

Di dalam laporan sama, inventori petrol meningkat sebanyak 191,000 tong selepas pengeluaran bahan api tersebut meningkat di dalam pasaran.

Minyak mentah berada di bawah tekanan dalam beberapa minggu kebelakangan ini gara-gara kebimbangan terhadap pemulihan berterusan di dalam pengeluaran syal AS sekali gus membenam usaha OPEC dan pengeluar utama yang lain yang untuk mengimbangi semula bekalan minyak global dan permintaan.

Penggerudi minyak di AS pada minggu lalu berkata bahawa pelantar minyak di AS meningkat bagi minggu ke-15 berturut-turut dan mencapai tahap tertinggi sejak Ogos 2015. Peningkatan ini secara tidak langsung mengganggu usaha pengeluar minyak utama yang telah bersetuju untuk mengurangkan kira-kira 1.8 juta tong sehari diantara Januari dan Jun.

Di tempat lain iaitu Nymex, niaga minyak petrol bagi penghantaran Jun merosot sebanyak 0.8 sen atau hampir 0.5 peratus.

 

Kadar Tunai Tidak Akan Selamanya Berada Pada Tahap Yang Rendah – Philip Lowe

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat