Minyak Mentah Global Meneruskan Kejatuhan, Brent-Oil -0.90%

57

Harga minyak mentah dunia jatuh pada Isnin, menambah kerugian yang dicatat minggu lalu selepas aktiviti pengeluaran di Amerika Syarikat, OPEC dan non-OPEC merekod penambahan yang signifikan.

Harga minyak mentah jatuh selepas OPEC memberi isyarat akan mengurangkan pengeluaran oleh Libya dan Nigeria.

Minyak Brent (Brent-oil) penanda aras minyak mentah global berada di sekitar $46.30 setong susut 0.90% setakat pukul 7.40 pm. Manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) pula didagang di sekitar $43.81, jatuh 0.95% setakat ini.

“Pasaran ini dalam masalah dan begitu terdedah dengan harga yang lebih rendah,” kata PVM.

Negara-negara pengeluar OPEC dan non-OPEC telah bersetuju untuk melanjutkan pemotongan bekalan sehingga Mac 2018 tetapi masih gagal membawa harga ke paras yang lebih stabil.

Beberapa Menteri OPEC akan bertemu dengan Rusia pada 24 Julai di St. Petersburg bagi membincangkan keadaan semasa dalam pasaran minyak.

Kuwait berkata pada Ahad bahawa Nigeria dan Libya telah dijemput ke mesyuarat tersebut dan pengeluaran mereka akan dikurangkan seawal November.

ANZ bank berkata pasaran “akan terus fokus kepada peningkatan aktiviti carigali di US”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat