Minyak Mentah Gugur Gara-gara Pengukuhan USD

5,961

Pengukuhan US dolar turut memberi impak kepada dagangan minyak mentah untuk menyusut selain ia turut dihimpit oleh kebimbangan terhadap penutupan berterusan di Shanghai akan menyebabkan permintaan berkurang.

Pada pasaran sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent menyusut pada sekitar harga $106 setong dan dagangan minyak WTI Amerika Syarikat didagangkan pada $101 setong.

Kedua-dua penanda aras masing-masing mencatatkan kemerosotan 0.8% dan 1.3% pada sesi sebelum ini.

US dolar meroket ke paras tertinggi hampir dua tahun selepas didorong oleh kenyataan hawkish pegawai Federal Reserve (Fed) bahawa dasar monetari bank pusat akan kembali neutral pada akhir tahun ini dengan pengetatan yang lebih agresif.

Sementara itu, data terbaharu daripada Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan bekalan minyak mentah AS dan penyulingan meningkat pada minggu lalu manakala inventori petrol pula merosot.

Dari segi permintaan, Shanghai terus melanjutkan penutupan susulan lonjakan kes Covid-19 yang mencecah 17,000 kes di bandar itu. Ini menyebabkan pelabur bimbang bahawa permintaan minyak mentah dari ekonomi kedua terbesar dunia itu berkurang.

Bagaimanapun, harga minyak dilihat masih lagi disokong oleh ketegangan Ukraine-Rusia yang terus memberi tekanan pada bekalan minyak dunia yang terhad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat