Minyak Mentah Kembali Mendaki, Ini Sebabnya!

450

Harga minyak melonjak pada awal minggu di tengah isyarat bercampur-campur dalam rundingan antara Ukraine-Rusia dan pengeluar minyak utama bergelut untuk memenuhi kuota pengeluaran OPEC.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat lebih 3%, membawanya didagangkan pada sekitar harga $111 setong. Sementara WTI Amerika Syarikat pula menokok 2.5% dan didagangkan pada $108 setong.

Harga bergerak lebih tinggi pada sesi Asia selepas terdapat ketegangan terbaharu di Arab Saudi ketika Houthi Yaman melepaskan peluru berpandu ke arah kemudahan tenaga dan air.

Selain itu, terdapat juga ketidakpastian dalam rundingan damai antara Rusia-Ukraine, di mana Kiev menolak permintaan Rusia untuk menyerahkan bandar pelabuhan selatan, Mariupol.

Ini secara tidak langsung menimbulkan keraguan terhadap rundingan kedua-dua negara itu yang dikatakan semakin hampir untuk mencapai kesepakatan oleh Turki sedangkan pada masa sama Moscow masih meneruskan serangannya ke atas Ukraine.

Sementara itu, OPEC+ gagal memenuhi sasaran pengeluarannya sebanyak lebih 1 juta tong sehari pada bulan Februari berikutan gangguan besar daripada sekatan terhadap minyak Rusia.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) memberitahu pada minggu lepas bahawa pasaran minyak diramalkan mengalami kekurangan bekalan sebanyak 700,000 tong sehari pada suku kedua disebabkan sekatan tersebut dan keengganan pembeli boleh menyebabkan bekalan minyak Rusia turun sebanyak 3 juta tong sehari mulai April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat