Minyak Mentah Menghampiri Paras Tertinggi 8 Minggu Lalu

46

Harga pasaran minyak kekal meningkat minggu ini menghampiri paras tertinggi 8 minggu berikutan pengurangan bekalan minyak US dan usaha berterusan OPEC mengurangkan pengeluaran mereka untuk mestabilkan lebihan bekalan dalam pasaran.

Minyak brent meningkat 8 sen atau 0.16%, kepada $51.41 setong setakat jam 11 pagi.
Minyak WTI pula meningkat 9 sen atau 0.18% kepada $48.95 setong.

Melalui catatan ANZ Bank, “Harga minyak kekal naik disebabkan oleh tumpuan para pelabur terhadap data-data ekonomi. Data positif terhadap bekalan minyak US menjadi penyokong kepada kekuatan dolar US”.

Minggu lepas merekodkan penurunan minyak mentah sebanyak 7.2 juta tong berikutan peningkatan terhadap eksport dan aktiviti pengeluaran minyak.

Pengeluaran minyak mentah US meningkat sejak pertengahan tahun 2016, tetapi telah menurun kepada 9.41 juta sehari pada 21 Julai, daripada 9.43 juta sehari bulan lepas. Penurunan ini berlaku di sebabkan oleh pengeluaran minyak yang merosot di Alaska.

Sejak pertemuan antara OPEC/non-OPEC di St. Petersburg Isnin lepas, pasaran di jangka akan memotong pengeluaran mereka dan harga minyak telah meningkat sekitar 6%.

Arab Saudi antara yang berjanji akan menghadkan pengeluaran minyak mereka kepada 6.6 juta tong sehari pada Ogos ini, kurang 1 juta tong berbanding tahun sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat