Minyak Syarikat BP ‘Merah’ Hasil Darah Jutaan Mangsa Di Ukraine!

361

‘Kereta yang isi minyak dekat BP mungkin akan dihantui bunyi-bunyi jeritan.’

Penasihat Presiden Ukraine, Oleg Ustenko mengutuk syarikat minyak British Petroleum (BP) atas penglibatan pelaburannya dalam firma tenaga Rusia, Rosneft.

Ini susulan sejumlah 19.75% kepentingan yang dipegang BP dalam Rosneft sebelum tercetusnya perang Rusia-Ukraine awal Februari lalu.

Ustenko yang berang dalam satu surat kepada ketua eksekutif BP, Bernard Looney menyifatkan syarikat itu menerima ‘blood money’ daripada jutaan mangsa Ukraine hasil pelaburan mereka.

Sebelum ini, BP dikatakan telah menjual pegangannya dalam Rosneft malah melepaskan 2 kerusi ahli lembaga di firma itu sejurus selepas peperangan tercetus pada Februari.

Namun desas-desus terbaru mengatakan BP kekal sebagai pemenang saham Rosneft dengan orang dalaman melaporkan syarikat masih dalam proses pelupusan tetapi tersangkut kerana situasi politik.

Ekoran itu juga BP masih layak menerima plan pembayaran dividen yang diumumkan Rosneft bulan lalu, dengan syarikat dikhabarkan peroleh £580 juta hasil pelaburan mereka.

Pekara ini jelas mencetus kemarahan Ukraine dan Ustenko dalam suratnya mengatakan andai benar BP menerima dividen tersebut, maka syarikat patut sumbangkan ia kepada mangsa perang.

Selain itu, Ustenko turut menasihatkan Looney supaya tidak mengambil keuntungan daripada ‘hasil darah’ warga Ukraine yang terkorban dan merancang strategi sebaiknya untuk kembali berniaga seperti biasa.

Respon dari pihak BP pula berkata bahawa mereka akan meneruskan rancangan untuk keluar dari Rusia dan tiada niat untuk kembali ‘berurus niaga’ dengan negara itu lagi selepas ini.

Selain itu, BP juga berkeras mengatakan pelaburan lebih £20 bilion dalam Rosneft telah dilupuskan dan tidak menerima sebarang faedah daripada firma tenaga itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat