Minyak Tak Laku, Memang Stress Teruslah Saudagar Minyak

536

Dagangan minyak mentah terus memanjangkan penyusutannya sehingga ke sesi Eropah hari ini, dibebankan oleh kebimbangan terhadap peningkatan berterusan kes baru Covid-19 di beberapa negara akan mempengaruhi pemulihan permintaan global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan susut 27 sen kepada $42.87 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula turun 26 sen kepada $40.49 setong.

Setelah mengalami kejatuhan sehingga 30% pada April lalu, permintaan minyak mentah dilaporkan telah mulai pulih. Namun, penggunaan minyak mentah dilihat masih berada di bawah tahap ketika pra-pandemik.

Hal ini dapat dilihat daripada permintaan petrol runcit di Amerika Syarikat yang jatuh ketika kes baru Covid-19 di negara itu kembali mencatatkan peningkatan.

Setakat ini, wabak pandemik Covid-19 telah menjangkiti lebih 14.5 juta orang dan lebih 600,000 kematian dicatatkan di seluruh dunia serta mengakibatkan proses pembukaan semula ekonomi terbantut di beberapa negara yang masih menyaksikan peningkatan kes setiap hari.

Sementara itu, ketika kes Covid-19 kembali meningkat di Tokyo sehingga menyebabkan kerajaan mengeluarkan amaran tahap tertinggi, import minyak Jepun direkodkan jatuh 14.7% pada bulan Jun.

Walaupun dilihat lebih baik daripada kejatuhan yang direkodkan dari bacaan pada bulan Mei dengan penurunan 25%, kemerosotan dua angka ini masih menunjukkan permintaan minyak mentah masih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat