Misi Baru Elon Musk – Menghadirkan Internet Berkecepatan Tinggi Ke Seluruh Dunia

1,578

Pada hari Rabu 22/2, SpaceX berhasil melancarkan roket Falcon 9. Roket Falcon 9 telah membawa radar satelit Sepanyol dan dua satelit uji cuba mereka daripada projek Starlink.

Projek Starlink adalah sebuah projek baru yang bermatlamatkan untuk menghadirkan internet berkecepatan tinggi di seluruh dunia dengan sistem 12 000 satelit yang mengorbit di peredaran bumi. Pada peringkat awal 4 400 satelit akan dilancarkan dan digunakan sebagai keperluan.

Projek ini akan mengambil masa beberapa tahun mengikut pelan asal. Ribuan satelit akan dilancarkan secara bertahap dalam jangka waktu lima tahun hingga mencapai jumlah yang ditetapkan pada 2024.

Kedua satelit tersebut diberi nama sebagai Tintin A dan Tintin B. Pengujian ini merupakan sebagai salah satu cara untuk menguji cuba internet broadband melalui satelit, Starlink.

Pelancaran tersebut diumumkan berjaya melalui pengumuman Musk di Twitter beliau setelah kedua-dua satelit menghantarkan signal ke stesen pengendali di Bumi. Satelit-satelit yang jumlahnya ribuan itu akan memancarkan signal internet ke antena penerima di Bumi.

Musk dan SpaceX belum mengungkapkan harga langganan internet broadband satelit.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat