Misi Celik Digital 2025, Malaysia Jalin Kerjasama Dengan Microsoft

188

‘Ada jugak hasil PM Ismail Sabri pergi AS haritu, mesti tercabar tengok Presiden Jokowi rapat dengan Elon Musk.’

Pemeteraian Letter of Intent (LOI) antara Microsoft Corp dan MyDIGITAL Corporation mengesahkan perkongsian ‘MyDIGITAL GovTech Innovation‘ yang akan memupuk nilai inovasi, kemahiran digital dan membina daya tahan ekonomi.

Menerusi kenyataan rasmi agensi kerajaan tersebut, LOI itu telah dimeterai semasa lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Amerika Syarikat (AS) pada Mei.

Difahamkan perkongsian tersebut akan menggariskan kerjasama dalam membina keupayaan keselamatan siber, memacu penggunaan teknologi dan memupuk bakat dalam mengembangkan ekonomi digital.

Selain itu, perkongsian tersebut turut disertai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang akan menyiapkan kakitangan awam dengan kemahiran dan latihan digital dalam menyokong aspirasi kerajaan.

Ulas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, perkongsian tersebut memainkan peranan penting dalam perkhidmatan awam di Malaysia untuk membina daya tahan ekonomi negara yang jitu.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengalu-alukan Microsoft sebagai rakan kongsi pengetahuan dan teknologi serta komitmennya dalam melatih 300,000 pekerja menjelang 2022 dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia negara.

Dalam pada itu, perkongsian ini secara tidak langsung akan merealisasikan sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang menginginkan;

  • 80% penggunaan storan awam diseluruh kerajaan menjelang 2022.
  • 100% penjawat awam yang celik digital menjelang 2025.
  • 80% perkhidmatan kerajaan boleh diakses di hujung jari pada 2025.

Pada sisi berbeza, Microsoft menyatakan perkongsian tersebut akan mewujudkan rangkaian awam yang boleh dipercayai serta memperkasakan sektor awam Malaysia dalam rancangan transformasi digitalnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat