Misteri! Whale Ini Miliki Lebih 5 Trilion Shiba Inu (SHIB) Dalam 24 Jam

1,110

Berapa banyak Shiba Inu (SHIB) yang anda miliki?

Juta? Bilion? Heh. Ini kisah whale yang memiliki lebih 5 trilion SHIB!

Pemerhatian terbaharu mendapati whale ini secara agresif telah membuat pembelian besar SHIB dalam tempoh 24 jam.

Difahamkan whale ini masih memiliki baki 5.4 trilion SHIB bernilai $136 juta semalam.

Hari ini, beliau menambah lagi 177.96 bilion SHIB ($4.4 juta) dalam empat transaksi berbeza.

Transaksi pertama:

Whale misteri ini mendapatkan 64.44 bilion SHIB ($1.6 juta) selepas berinteraksi dengan Binance 14 dalam satu transaksi.

Transaksi kedua:

Kemudian beliau berinteraksi dengan BlueWhale0073 dan mendapatkan 60.94 bilion ($1.5 juta) dalam satu transaksi.

Transaksi ketiga dan keempat:

Sejam kemudian, beliau menambah 52.56 bilion SHIB ($1.3 juta) dalam dua transaksi berbeza.

Transaksi pertama: 1.2 bilion

Transaksi kedua: 51.3 bilion

Jumlah keseluruhan pemilikan SHIB whale ini telah mencecah 5.57 trilion, dengan nilai semasa $139.26 juta!

Sedar tidak sedar, beliau telah mula bertindak agresif sejak 5 April 2022, terutama sejak Robinhood menyenaraikan SHIB di platformnya pada 12 April 2022.

Elon Musk mungkin trilionair dunia, whale ini pula trilionair SHIB!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat