Model Y Cetus Kehangatan Pendaftaran Tesla Di California

815

Menurut kepada data daripada Cross-Sell, sebuah syarikat penyelidikan yang mengaturkan data pendaftaran menyatakan bahawa kejayaan Model Y milik syarikat Tesla terus menjadi batu lonjakan di atas permintaan kenderaan Tesla.

Sejajar dengan aspek tersebut, ia telah menyokong pendaftaran kenderaan Tesla di California untuk mencatatkan kadar peningkatan melebihi 85% pada suku kedua jika ingin dibandingkan pada tahun lalu.

Dengan menangani kekurangan semikonduktor dan bergantung kepada penjualan modelnya yang lebih murah, ia terus mempengaruhi catatan penghantaran kenderaan pada suku April hingga Jun.

Menerusi data Cross-Sell yang dinyatakan pada 15 Julai, pendaftaran untuk Model Y iaitu kenderaan utiliti crossover elektrik Tesla telah melonjak melebihi tujuh kali ganda menjadi 13,581.

Laporan pendapatan suku kedua syarikat yang dijadualkan pada 26 Julai akan menjadi tumpuan utama kepada para pelabur yang mana menantikan sama ada kejatuhan yang dialami oleh cryptocurrency akan mengganggu data yang bakal dikeluarkan itu ataupun tidak.

Jumlah pendaftaran kenderaan pada suku kedua di 23 negeri berjumlah 46,926 dengan Model Y menyumbang lebih dari separuh pendaftaran.

California menjadi penyumbang terbesar pendaftaran kenderaan ini berbanding negeri-negeri yang lain dengan jumlah sebnyak 23,556 pendaftaran.

Pada bulan Mei, Elon Musk mengatakan bahawa tekanan harga terhadap rantaian bekalan utama termasuk bahan mentah telah mendorong untuk menaikkan harga kenderaannya Tesla pada beberapa bulan yang terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat