Mohon Maaf Pelabur, Harga Emas Kembali Terkulai Layu!

828

Harga emas kecundang selepas ditekan oleh US dolar dan hasil bon AS yang lebih kukuh berikutan jangkaan kadar faedah akan terus meningkat dan kekal tinggi.

Sesi Asia melihatkan logam kuning itu didagangkan suram pada sekitar harga $1,925 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diniagakan pada $1,945 per auns.

Emas pada mulanya melonjak tinggi, mencapai paras terkuat tiga minggu pada $1,947 per auns sebelum keputusan mesyuarat FOMC diumumkan.

Namun, logam berharga itu kembali menghapuskan semua keuntungan tersebut selepas Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah tetapi memberi isyarat hawkish.

Unjuran yang dikeluarkan oleh Fed menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan untuk satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini, dan ia seterusnya kekal tinggi pada 2024.

Susulan daripada itu, US dolar melonjak ke paras tertinggi enam bulan berbanding mata wang utama, manakala hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula paling kuat 16 tahun pada 4.44%.

Pengukuhan tersebut seterusnya memberi tekanan buat dagangan emas untuk kembali didagangkan suram.

Pelabur kini masih menantikan keputusan daripada beberapa bank pusat utama, termasuk Bank of England (BOE) dan Japan (BOJ).

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat