Molek! Bursa Dibuka Sedikit Tinggi Pada Akhir Minggu Ini

104

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.40 mata pada 1,601.19 daripada penutupan Khamis pada 1,600.79.

Indeks dibuka kukuh 2.94 mata pada 1,603.73.

Ia dibuka sedikit tinggi selepas mengambil isyarat semalaman Wall Street yang melantun pada aktiviti bargain-hunting selepas kerugian besar pada hari sebelumnya.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 173 berbanding 69, manakala 248 kaunter pula tidak berubah, 1,746 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Jumlah perolehan pada 162.24 juta unit bernilai RM50.33 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan KLCI catat keuntungan seiring rakan serantau selepas pelabur mencerna minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) melibatkan kenaikan kadar yang agresif.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.69, Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 8 sen pada RM10.10 dan CIMB Group Holdings Bhd susut 4 sen pada RM5.31 sementara Malayan Banking Bhd (Maybank) dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM8.83 dan RM6.41.

Saham aktif memperlihatkan Brahim’s Holdings Bhd turun 8 sen pada 3.5 sen, TWL Holdings Bhd dan Yong Tai Bhd naik 0.5 sen pada 8.5 dan and 13 sen sementara China Ouhua Winery Holdings Ltd dan geran TWL kekal 9.5 sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBMT 100 menambah 8.93 mata pada 11,162.06, indeks FBM Emas meningkat 10.72 mata pada 11,510.58, indeks FBM Emas Shariah mencapai 19.19 mata pada 12,153.74, FBM 70 memacu 36.20 mata pada 13,971.57 sementara FBM ACE mengurang 5.90 mata pada 5,822.42.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menurun 0.19 mata pada 211.37, indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 15.56 mata pada 16,753.88 sementara indeks Perladangan meningkat 11.17 mata pada 8,347.93.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat