Momentum Kenaikan AUD/USD Perlahan Susulan Data GDP Australia Diterbitkan

619

Sentimen risk-on pasaran masih lagi menyokong dagangan bagi matawang komoditi untuk diniagakan kukuh dalam pasaran terutama berbanding US dolar yang sedang menyusut.

Dolar Australia masih meneruskan kenaikan berbanding US dolar pada Selasa selepas keputusan kadar faedah dikekalkan oleh bank pusat Australia pada mesyuarat semalam dan kenyataan positif disampaikan oleh Gabenor Philip Lowe.

Pada sesi Asia hari ini, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia bagi suku pertama 2020 diterbitkan menurun kepada -0.3% menunjukkan penguncupan pertama sejak 2011.

Kebimbangan terhadap ekonomi Australia yang mungkin berdepan risiko kemelesetan telah membantutkan kenaikan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD hari ini.

Kenaikan harga pada awal sesi dilihat telah mencapai paras ketinggian terbaru 5 bulan mencecah paras 0.69830 namum harga kembali bergerak lemah semula susulan data pertumbuhan GDP diterbitkan lemah.

Sehingga menjelang awal sesi Eropah, harga mendatar di sekitar paras 0.69300 yang turut menjadi paras penting ketika dagangan Disember dan Januari yang lalu.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan, harga bakal melepasi paras resistance pada 0.70000 sebelum mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Januari.

Namun jika penurunan terus dipamerkan, harga bakal turun menuju semula paras 0.68300 dan menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga turut diuji dan jika harga berjaya melepasinya, ini akan memberikan isyarat awal perubahan trend bearish pada carta AUD/USD.

Penurunan lebih rendah akan menuju paras penting seterusnya seperti pada 0.66800 dan zon RBS 0.66000.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat