Monday Blues Betul Tengok Prestasi Bursa Pada Awal Minggu Pagi Ini

115

Prestasi negatif Wall Street di sebalik sentimen negatif pasaran meluas dilihat terus memberi kesan kepada Bursa Malaysia untuk pembukaan lemah pada awal minggu.

Ulas penganalisis Rakuten Trade Sdn Bhd, KLCI dijangka membuat lantunan dengan ia berada di wilayah terlebih jual (overbought) pada jangkaan trend berada pada julat 1,420 kepada 1,435 hari ini.

Selain itu, aktiviti bargain-hunting diramalkan muncul pada sektor teknologi dan telekomunikasi berdasarkan sesi penjualan pada Jumaat lepas.

Dalam pada itu, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) turun 5.71 mata pada 1,419.27 daripada penutupan Jumaat pada 1,424.98 dengan pembukaan lemah 1.15 mata pada 1,423.83.

Di pasaran meluas, kerugian pada 294 atasi keuntungan pada 69, manakala 194 kaunter pula tidak berubah, 1,840 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 154.4 juta unit bernilai RM54.99 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Petronas Gas Bhd naik 12 sen pada RM16.54, MISC Bhd kekal pada RM6.94.

Maybank dan  Tenaga Nasional Bhd (TNB) kurang 2 sen pada RM8.67 dan RM8.68 sementara  Public Bank Bhd serta CIMB Group Holdings Bhd susut 1 sen pada RM4.33 serta RM5.38 tatkala Petronas Chemicals Group Bhd hilang 7 sen pada RM8.28 dan Hong Leong Bank Bhd turun 18 sen pada RM20.50.

Saham aktif memperlihatkan Aimflex Bhd naik 0.5 sen pada 15.5 sen dan HB Global Ltd tambah 1.5 sen pada 12 sen sementara MAG Holdings Bhd kekal pada 17.5 sen, MQ Technology Bhd dan Velesto Energy Bhd turun 0.5 sen pada 3 sen dan 12.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas susut 35.65 mata pada 10,161.73, FBM 70 lemah 59.78 mata pada 12,372.01, FBMT 100 hilang 41.70 mata pada 9,891.92, FBM Emas Shariah Index turun 42.20 mata pada 10,196.0 dan FBM ACE gugur 45.98 mata pada 4,720.65.

Segi sektor, indeks Tenaga gugur 15.68 mata pada 696.96, indeks Perladangan turun 2.72 mata pada 6,761.99, indeks Perkhidmatan Kewangan kuncup 36.64 mata pada 16,231.93 dan indeks Produk dan Perkhidmatan jatuh 1.55 mata pada 170.65.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat