Moody Bina Sistem Pemarkahan Untuk Stablecoin!

183

Syarikat penarafan kredit Moody dilaporkan sedang merancang untuk melaksanakan sistem pemarkahan* terhadap stablecoin, yang melibatkan untuk 20 aset digital sahaja.

*Sistem pengelasan mengikut kualiti atau merit atau jumlah

Sistem pemarkahan itu setakat ini masih dalam fasa awal pembangunan, di mana ia akan menilai kualiti rizab stablecoin** walaupun ia bukanlah penarafan kredit rasmi syarikat tersebut. 

**Membenarkan sesiapa sahaja mencipta stablecoin decentralized yang bebas daripada sistem kewangan fiat dengan matlamat menangani kesan hiperinflasi

Secara konteks, stablecoin merupakan sejenis mata wang kripto yang nilainya pegged pada mata wang fiat seperti dolar Amerika Syarikat (AS) mahupun instrumen kewangan lain.

Walaupun masih tidak pasti sama ada ia akan bebas risiko ataupun sebaliknya, tindakan yang dibuat oleh Moody adalah bertujuan untuk membekalkan alternatif terhadap pergerakan harga kripto dengan mengikat nilai stablecoin kepada aset lain.

Selain itu, stablecoin terbesar Tether (USDT)  yang didakwa salah nyatakan jumlah cagaran fiat telah menyelesaikan isu tersebut dengan pejabat Peguam Negara New York pada 2021 dengan membayar ganti rugi sebanyak $18.5 juta.

Sementara baru-baru ini pula USDT berhasrat menghentikan pinjaman dana sepanjang tahun 2023 daripada rizab mereka ekoran pinjamannya terlebih cagaran.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, rizab stablecoin dikaji lebih terperinci susulan daripada pasaran kripto yang secara berterusan mengalami pendarahan pada 2022 dan tidak dilupakan juga kemusnahan ekosistem Terra.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat