MQREIT Jadi Pilihan Penganalisis

207

Para penganalisis mengemaskini saranan ‘buy’ kepada MRCB-Quill REIT (MQREIT) selepas syarikat berkenaan mencapai hasil yang mengatasi jangkaan pada suku ketiga yang berakhir 30 September 2020 (3QFY20).

Menurut penganalisis CGS-CIMB, Sharizan Rosely dalam notanya hari ini, hasil MQREIT dalam tempoh 9 bulan pertama (9MFY20) melangkaui jangkaannya, didorong oleh margin pendapatan hartanah bersih (NPI) yang kukuh.

Beliau menjangkakan risiko portfolio negatif berhubung perubahan pada sewa adalah rendah untuk MQREIT susulan disokong oleh 90% kadar pajak sewa diperbaharui.

Jelas Sharizan, pihaknya mendapati pada akhir 3QFY20, perubahan pada sewa sepatutnya boleh diuruskan dengan baik dan stabil pada angka tunggal positif yang lebih rendah pada tahun kewangan 2020 (FY20).

Meskipun kerajaan melaksanakan semula dan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Sharizan percaya risiko kerugian MQREIT pada 4QFY20 apabila memberikan bantuan sewa adalah minimum.

Ujarnya, hanya 4% lokasi MQREIT disewa dan kesemua penyewa berkemungkinan diberikan bantuan sewa walaupun pada jumlah yang lebih kecil berbanding 2QFY20.

Tambah Sharizan lagi, beliau meningkatkan jangkaan perolehan per saham atau dividen per saham MQREIT bagi FY20 kepada FY22 sebanyak 13-20% setelah menjana pendapatan sewa yang lebih kukuh pada separuh kedua FY20.

“Semakan dividen per saham (DPS) sebanyak 6.2/6.4/6.4 sen untuk FY20/FY21/22F diterjemahkan ke dalam hasil dividen yang menarik iaitu sebanyak 7.9-8.3%.

“Hasil ini dan 9MFY20 mendorong saranan kami terhadap MQREIT daripada ‘hold’ kepada ‘add’. Harga sasaran berasaskan model diskaun dividen kami meningkat kepada 85 sen berbanding 77 sen berikutan ramalan DPS yang tinggi dan ‘rollover’ ke akhir tahun kalendar 2021 (CY21),” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis Kenanga Research, Marie Vaz mengekalkan saranan ‘outperform’ terhadap MQREIT dengan harga sasaran (TP) yang lebih tinggi iaitu 82.5 sen berbanding 80 sen.

Beliau turut meningkatkan keuntungan bersih utama syarikat terbabit sebanyak 7% bagi FY20 dan FY21 sebanyak RM78 juta hingga RM82 juta.

Selain itu, penganalisis Maybank Investment Bank Research, Kevin Wong turut mengekalkan saranan ‘buy’ dengan TP sebanyak RM1.20, selepas syarikat itu menepati jangkaannya.

Jelas Wong, beliau meramalkan MQREIT akan terus memacu pertumbuhan positif yang didorong oleh pendapatan sewa yang stabil daripada penyewa jangka masa panjangnya.

Semalam, MQREIT mengumumkan NPI bagi 3QFY20 meningkat sebanyak 9% kepada RM32.4 juta berbanding RM29.74 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat