Mudahnya! Coinbase Wallet Kini Tersedia Di Google Chrome!

759

Berita baik untuk pengguna Coinbase kerana anda selepas ini boleh mengakses wallet hanya di Google Chrome sahaja.

Coinbase Wallet kini tampil bersama ciri mudah untuk penggunanya menghubungkan aplikasi desentralisasi dan kewangan desentralisasi secara langsung di desktop.

Ketua projek Coinbase Wallet, Sid Coelho-Prabhu menjelaskan kira-kira 1 juta pengguna Coinbase Wallet sentiasa berhubung dengan aplikasi seperti Uniswap dan Compound.

Wujudnya sambungan Chrome terbaru ini akan mengemaskan lagi proses tersebut tanpa ciri imbas kod QR di peranti mudah alih setiap kali pengguna mahu menghubungkan aplikasi.

Tidak cukup dengan itu, sambungan baru yang diperkenalkan turut menyokong perdagangan di pertukaran desentralisasi (DEX) dan pengumpulan non-fungible token (NFT).

Aplikasi desentralisasi yang juga disokong termasuk: Rarible, OpenSea, SushiSwap, Matcha, Synthetic, Aave dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk muat turun sambungan Coinbase Wallet, anda boleh klik sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat