Mula Membaca Laporan Pasaran Untuk Keseronokan Dan Beli Saham Pada Usia 13 Tahun, Akhirnya Jadi Pelabur Terkemuka Dunia!

2,730

Mario Joseph Gabelli atau lebih dikenali sebagai Mario Gabelli dilahirkan pada 19 Jun 1942 di The Bronx, Amerika Syarikat. Selain itu, beliau merupakan anak lelaki kepada pasangan imigran Itali dan bersekolah di Fordham Preparatory School.

Ketika zaman remajanya, beliau membaca laopran pasaran hanya untuk keseronokan lalu membeli sebuah saham pada usia 13 tahun. Sehubungan dengan itu, Mario semakin tertarik untuk menceburi bidang pelaburan.

Seterusnya, Mario menerima sebuah tawaran biasiswa dan melanjutkan pelajarannya di Fordham University. Hakikatnya, beliau adalah seorang pelajar yang sangat pintar hingga berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang pada tahun 1965.

Rentetan daripada itu, beliau menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan di Columbia Business School. Semasa berada di institusi berkenaan, Mario banyak belajar daripada Roger Murray iaitu seorang profesor dalam bidang pelaburan dan penulis bersama edisi kelima Security Analysis, The Graham & Dodd Value Investing.

Setelah menamatkan pengajian, Mario bekerja sebagai seorang penganalisis di Lobe Rhoades & Co, iaitu sebuah syarikat pembrokeran dan mengembangkan lagi kemahirannya dalam bidang pelaburan.

Berdasarkan pengalaman dan ilmu yang dimiliki, beliau telah menubuhkan syarikat pembrokerannya sendiri yang diberi nama Gabelli & Co, diikuti dengan syarikat pengurusan aset Gabelli Investors (Gamco) serta melancarkan Gabelli Asset Fund pada 1986. Uniknya, beliau menggunakan strategi dengan menfokuskan kepada firma yang nilai jualannya adalah kurang berbanding nilai aset mereka.

Di samping itu, Mario memberi penekanan terhadap aset tidak ketara seperti bilangan pelanggan sebuah syarikat telekom atau kabel televisyen serta aset yang dianggap tiada nilai. Tambahan daripada itu, beliau suka melabur di syarikat yang berpotensi untuk mengubah pandangan pelabur.

Apa yang menakjubkan ialah strategi yang dijalankan berjaya apabila beliau melabur di Giant Foods, sebuah rangkaian pasar raya. Hal ini demikian kerana Mario percaya bahawa kematian pengasasnya akan menyebabkan syarikat tersebut dijual dan bakal mempengaruhi harga semasa. Dalam tempoh 3 tahun, pelaburan tersebut mampu menjana keuntungan sebanyak 50%!

Bukan itu sahaja! Dua dana yang ditubuhkan, Gabelli Asset Fund dan Gabelli Asset Trust telah berjaya mempelopori pasaran sejak penubuhannya! Pelaburan dalam Gabelli Asset Fund sebanyak $1,000 kini bernilai $290, 698 berbanding dengan $185, 717 untuk S&P 500 manakala pulangan tahunannya mencatatkan hampir 12% berbanding 10.1% untuk pasaran.

Selain itu, Gamco telah berkembang dengan pesat dan kini menguruskan aset sebanyak $37.5 bilion.

Berdasarkan pencapaian Mario, Forbes telah merekodkan hasil kekayaan yang dimiliki adalah sebanyak $1.7 bilion!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat