Multi-Millionaire Termuda Afrika Selatan Ini Berhenti Universiti, Guna Yuran Pengajian Untuk Trade Forex!

1,952

Sandile Shezi merupakan seorang pemuda berusia 23 tahun yang berasal dari Afrika Selatan. Beliau membesar dalam sebuah keluarga yang sederhana. Gara-gara kesempitan hidup yang dihadapi, Shezi telah menjual muffin dan pakaian terpakai dari rumah ke rumah ketika berusia 12 tahun.

Dengan kehidupan sukar yang dilalui, segala sindiran dan ejekan sekeliling hanya menjadikan beliau lebih bermotivasi dan ghairah untuk membuktikan kejayaannya suatu hari nanti.

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Durban University of Technology. Pada ketika itu, beliau masih meneruskan perniagaan muffinnya. Berbekalkan pengalamannya dalam dunia perniagaan, Shezi mula belajar tentang selok-belok forex trading.

Walaupun beliau menganggap ianya sebagai salah satu pelaburan yang berisiko, tetapi dapat mendatangkan keuntungan yang berganda.

Oleh yang demikian, Shezi memutuskan untuk berhenti daripada universiti tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya dan mula serius dalam forex trading. Beliau telah menggunakan kesemua yuran pengajiannya untuk trade forex! Memang kerja gila!

Selain itu, beliau turut menggunakan yuran pengajian yang diberikan oleh rakan-rakannya untuk bergiat aktif dalam forex trading. Dengan usaha dan kesungguhan yang dimiliki, beliau telah berjaya memperoleh sebanyak $2.3 juta sekaligus bergelar jutawan termuda di Afrika Selatan! Hebat, bukan?

Walau bagaimanapun, beliau tidak mahu menghampakan kedua-dua orang tuanya. Jadi, Shezi telah kembali semula ke universiti dan menamatkan pengajiannya. Setelah itu, beliau menyambung pembelajarannya dalam bidang kepimpinan global di Harvard University.

Dengan langkah berisiko tinggi yang diambil, beliau tidak menggalakkan para remaja untuk mengikuti jejak langkahnya untuk berhenti daripada pengajian. Pelajaran adalah sangat penting. Masih ada pelbagai cara yang lain untuk berjaya.

Dengan kekayaan yang dimiliki, Shezi menubuhkan Sandile Shezi Foundation yang menfokuskan kepada pembangunan belia di Afrika Selatan. Ianya merangkumi aspek pendidikan, kesihatan dan kekayaan yang membolehkan rakyat Afrika untuk membina negara mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat