Muncul Sinar Buat Ekuiti Disebalik Kebimbangan Inflasi

184

Pasaran saham global memperlihatkan sinar optimistik pelabur disebalik kebimbangan inflasi yang memberi kesan kepada pendapatan bank sehingga mempengaruhi sentimen dagangan.

Umumnya, pasaran ekuiti masih berada dibawah tekanan ekoran tindakan hawkish bank-bank pusat utama dalam membendung inflasi.

Menurut Oliver Blackbourn, pengurus portfolio Janus Henderson, setiap bulan kadar inflasi akan terus meningkat seperti mana inflasi di Britain yang mencapai paras tertinggi 30 tahun pada 7%.

Tambahnya, kenaikan harga menghangatkan lagi tekanan ke atas Bank of England (BOE) untuk lebih agresif bagi mengimbangi pendaptan sebenar, namun, bayangan pertumbuhan yang lemah mengisyaratkan bahaya tindakan mengetatkan terlalu cepat.

Dalam pada itu, indeks STOXX pan Eropah tambah 0.03% dan tolok MSCI saham seluruh dunia capai 0.79%.

Di pasaran Wall Street pula menyaksikan indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.74%, S&P 500 capai 0.89% dan Nasdaq Composite tambah 1.75%.

Laporan data Refinitiv menyatakan bahawa pelabur meramalkan hasil pendapatan bank terbesar Amerika Syarikat (AS) yang hambar, sedang mengintai hasil perbankan pelaburan yang terhenti sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Terangnya, pada suku pertama lalu jumlah nilai tawaran yang belum selesai dan selesai jatuh ke paras terendah sejak suku ke-2 2020.

Semalaman di Asia pula memperlihatkan data import Cina yang lemah daripada prospek, namun ia menambah kepada pandangan bahawa Beijing akan melonggarkan dasar dan secara tidak langsung, bantu indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik luar Jepun ditutup tinggi 0.89%.

Sementara itu, hasil Perbendaharaan (AS) susut dan data mengenai inflasi tidak menghalang pelabur daripada mempercayai kemungkinan inflasi telah memuncak.

Nota hasil Perbendaharaan 10 tahun turun 5.3 mata asas pada 2.674% berbanding kemuncak 3 tahun pada 2.836% sebelum data inflasi.

Hasil perbendaharaan 2 tahun yang seiring dengan jangkaan kadar faedah jatuh 5.5 mata asas pada 2.334%.

Ringkasa mata wang, indeks dolar turun 0.445% sementara Euro naik 0.53% pada $1.0883 dan New Zealand dolar jatuh 1.1% selepas Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) naikkan kadar sebanyak 50 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat