Musk Kembali Bersyarah – DOGE Kripto Untuk Rakyat! Bagaimana Dengan BTC?

1,833

Elon Musk sejak akhir-akhir ini semakin aktif dalam mengeluarkan pandangan beliau mengenai kripto di laman web twitter beliau. Terkini beliau mengulas kenyataan Jack Dorsey mengenai Web3, Bitcoin dan Ethereum dan juga kenyataan pengasas bersama Dogecoin, Billy Markus.

Beliau bersetuju dengan Markus bahawa Bitcoin hanya memberi ‘kuasa kepada orang kaya baru’. Disamping itu beliau juga bersetuju bahawa DOGE menawarkan kepelbagaian atas dasar itu beliau kembali menekankan pendirian ‘pro-Doge’beliau.

“Matlamat saya adalah untuk membangunkan sesuatu dan menjana wang. Saya sudah biasa dengan pertubuhan korporat dan tidak benar-benar melihat untuk meninggalkannnya ~ bitcoin hanya memberi kuasa kepada orang kaya baru.”

— Shibetoshi Nakamoto (@BillyM2k) 23 Disember 2021

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa Musk telah berulang kali menyatakan sokongan terhadap DOGE dengan menggelarnya sebagai ‘aset kripto rakyat’. Selain itu, Musk juga pada awal bulan ini telah membuat penegesahan bahawa menerima DOGE sebagai salah satu alat pembayaran untuk beberapa barangan. Ini akan menjadi batu asas untuk mengintegrasikannya dalam satu sistem yang lebih bersepadu.

Musk mengkategorikan DOGE sebagai satu medium kegunaan rutin manakala BTC sebagai penyimpan nilai. Dalam temu bual bersama majalah TIME, beliau mendakwa DOGE adalah pilihan pembayaran yang lebih baik berbanding Bitcoin (BTC), seterusnya menyatakan BTC tidak sesuai untuk pembayaran harian.

Kata beliau, “Pada asasnya, bitcoin bukanlah pengganti yang baik untuk mata wang transaksi. Walaupun ia dicipta sebagai suatu jenaka, dogecoin lebih sesuai untuk urus niaga.Jumlah urus niaga bitcoin adalah rendah dan kos setiap transaksi adalah tinggi”

Musk akhir sekali berpendapat bahawa DOGE disisi lain ia bertindak untuk “menggalakkan orang ramai untuk berbelanja, dan bukannya menjadikan suatu simpanan nilai”. Manakala BTC lebih suka memegangnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat