NAFTA Akan Memulakan Rundingan Yang Kelima Seawal 15 November

52

Berdasarkan sumber terpecaya, beberapa pegawai U.S, Mexico dan Kanada akan mengadakan rundingan pada 15 November bagi membincangkan perjanjian North American Free Trade Agreement (NAFTA).

Rundingan NAFTA kelima dijangka akan berlangsung pada 17 November sehingga 21 November di Mexico. Namun dilaporkan beberapa kumpulan daripada 3 negara tersebut akan memulakan perbincangan bermula 15 November nanti.

Menurut salah seorang pegawai, beberapa topik yang akan disentuh nanti ialah isu perkhidamatan, pekerja, tesktil dan harta intelek.

Menurut menteri ekonomi Mexico, rundingan tersebut akan bermula pada 17 Oktober seperti yang telah dirancang dan berkemungkinan permulaan perbincagan akan membincangkan isu tekstil .

Pada bulan lepas, Presiden Donald Trump mengancam untuk keluar daripada perjanjian jika U.S tidak mendapat manfaat seperti dikhendaki. Kenyataan itu dikeluarkan semasa rundingan keempat pada bulan Oktober.

Selain itu, U.S juga membentangkan usulan yang dikaitkan dengan panggilan klausa sunset (sunset clause) iaitu penyeliaan undang-undang yang akan tamat dalam masa yang ditetapkan. Usulan ini menunjukkan NAFTA akan tamat selepas 5 tahun kecuali ahli-ahli yang terlibat setuju untuk melanjutkan perjanjian tersebut.

Menurut salah seorang pegawai, usulan tersebut akan diperbincangkan semula dan berkemungkinan akan terdapat usulan baru mengenai sunset clause.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat