Naik Turun Ini Memang Merisaukan Sektor O&G

39

Harga minyak mentah meneruskan junaman hari ini pada bukaan Asia melihatkan pengeluar-pengeluar terbesar dunia mungkin tidak akan membekukan pengeluaran.

US Crude turun ke paras $45.06 setong, penurunan sebanyak 1.79%.

Ahli OPEC akan bertemu dan berbincang dalam satu mesyuarat tidak rasmi di konferens tenaga di Algeria pada 26-28 September.

Ramai daripada penganalisa ragu-ragu akan adanya persetujuan yang akan menstabilkan semula harga minyak mentah dan percaya pengeluar akan terus memerhatikan pasaran komoditi hitam itu dan menangguhkan perbincangan pembekuan minyak mentah sehingga mesyuarat rasmi OPEC di Vienna pada 30 November nanti.

Cubaan untuk membekukan pengeluaran minyak mentah pada awal tahun ini gagal setelah Arab Saudi menolak untuk membekukan pengeluaran kerana Iran tidak mahu bekerjasama.

Pun begitu Menteri Tenaga Algeria memberitahu adanya pertimbangan antara ahli OPEC dan bukan-OPEC untuk mengambil langkah perlu dalam menstabilkan harga minyak mentah.

Minggu lepas melihatkan penurunan harga komoditi hitam ini sebanyak 4% pada hari Jumaat.

Penganalisa memberitahu mungkin akan berlaku drawdown yang besar pada inventori disebabkan oleh ribut tropika yang mungkin akan menghalang kargo minyak daripada dihantar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat