Nak Beli Pesawat Peribadi Pakai Bitcoin Pun Boleh Tau!

354

Syarikat penerbangan Aviatrade menerusi laman web mereka telah mengumumkan pembelian pesawat peribadi keluaran mereka kini boleh dibeli dengan menggunakan Bitcoin (BTC).

Dilaporkan salah satu model pesawat peribadi mereka, 2014 Gulfstream G650ER yang bernilai $40 juta, sekitar 3,750 BTC telah dilelongkan pada 13 September lalu.

Antara yang individu yang memiliki model yang sama ialah jutawan dunia dan pengasas Amazon, Jeff Bezos dan CEO Tesla, Elon Musk.

Apa yang menarik tentang model pesawat ini ialah ia berkemampuan untuk terbang pada jarak jauh sehingga 7,500 batu nautika. Sama jarak dari Los Angeles ke Sydney.

Tawaran itu tidak hanya terhad kepada Gulfstream sahaja.

Terdapat 13 pilihan pesawat peribadi lain yang dilelongkan termasuk dua model Bombardier Global 75000s. Sehingga Jun 2019, model tersebut bernilai $72.8 juta atau lebih daripada 6,800 BTC.

Aviatrade bukan firma kapal terbang pertama yang menawarkan pembelian menggunakan matawang kripto.

Sebelum ini, pada Jun Kaizen Aerospace juga turut berbuat demikian terhadap perkhidmatan kargo dan pembelian pesawat peribadi mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat