Nak Makan? Minta Restu Putin Dulu! Eksport Bijirin Ke Barat Disekat

863

‘Perghhh, Putin terus-menerus tunjuk kuasa veto dia. Betul-betul manfaatkan fasa kata beras kita beli.’

Krisis makanan global menerima pukulan baharu apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin dikatakan akan menghadkan eksport bijirin Ukraine kepada negara Barat.

Berita tersebut tersebar selepas Putin difahamkan sedang meminda perjanjian bijirin dengan Ukraine bagi menghalang negara Barat memperoleh bahan makanan itu.

Hal ini kerana menurut perjanjian asal yang dibuat pada Julai, eksport tersebut sepatutunya membantu mengurangkan lonjakan harga makanan di negara membangun namun negara kaya Barat sahaja yang dilihat menerima manfaat.

Suka dimaklumkan ketika perjanjian tersebut dimeterai, Turki dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) menjadi perantaraan.

Terang Putin dalam forum ekonomi pada Rabu, mematikan fungsi Turki sebagai negara perantara bijirin yang dieksport akan membolehkan negara miskin terus menerima sumber makanan.

Beliau turut menggambarkan negara Barat, yang dikatanya mengeksploitasi sumber, akan menambah skala masalah makanan dunia dan membawa malapetaka kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Tambahnya lagi bahawa Rusia melakukan segala termampu untuk memastikan Ukraine dapat mengeksport bijirinnya namun masalah pasaran makanan global dan bencana kemanusiaan menyukarkan usaha tersebut.

Setakat ini 2 daripada 87 kapal yang membawa 60,000 tan bijirin sudah berlepas ke negara miskin.

Selain itu sumber yang dikemas kini mengatakan perbincangan antara Putin dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan tentang perjanjian eskport bijirin tersebut menemui jalan buntu dengan negara Barat tidak memenuhi kewajipannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat