Nak Shill NFT Kena Ada Ilmu! Para Selebriti Terkemuka Diberi Amaran Keras

224

‘Jangan memandai-mandai buat palatao kalau kosong dan niat nak menipu.’

Beberapa selebriti popular Amerika Syarikat (AS) telah dikenakan amaran keras oleh sebuah kumpulan pemantau pengguna, Truth in Advertising (TINA.org) kerana tidak telus dalam mempromosikan projek non-fungible tokens (NFT).

Difahamkan bahawa organisasi advokasi pengguna tidak berkeuntungan tersebut menuduh para selebriti mempromosi sesebuah NFT secara ‘membabi buta’ tanpa mendedahkan perhubungan mereka dengan projek yang disertai.

Melihat kepada senarai yang dikeluarkan TINA.org antara selebriti yang dikenakan amaran adalah:

  • Floyd Mayweather (Peninju)
  • Tom Brady (Pemain rugbi)
  • Eminem (Rapper)
  • Justin Bieber (Penyanyi)
  • Snoop Dog (Rapper)
  • Gwyneth Paltrow (Pelakon)
  • Reese Witherspoon (Pelakon)

Dalam pada itu, TINA.org mengatakan bahawa pihak mereka telah mengeluarkan amaran lisan kepada selebriti yang dinyatakan pada 8 Ogos lalu.

Di sisi berbeza, TINA.org menjelaskan bahawa perbuatan selebriti tersebut telah melanggar peraturan yang ditetapkan Federal Trade Commission (FTC) berkenaan akta Penggunaan Pengendorsan dan Testimoni dalam Pengiklanan dan keperluan.

Digariskan akta tersebut bahawa pempengaruh mesti mendedahkan sebarang hubungan material dengan jemana yang diendors dan membuat pendedahan sama ada jelas atau tidak serta mudah dilihat dalam pengesahan.

Setakat ini tiada lagi laporan melibatkan kes publisiti selebriti berkenaan perundangan untuk tindakan mempertahankan (shilling) bagi NFT atau kripto.

Sungguhpun begitu antara kes terkenal melibatkan kemelampauan shilling sesuatu aset dapat dilihat oleh Elon Musk dengan kripto meme anjingnya.

Malahan Securities and Exchange Commission (SEC) pada 2017 telah mengeluarkan amaran supaya pelabur berhati-hati dengan sebarang produk yang diendorskan oleh selebriti kerana ia adalah produk berbayar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat