Nancy Pelosi Gesa Facebook Dan Twitter Padam Video Trump?

351

Sebelum ini, kecoh berkenaan transkrip ucapan Donald Trump yang telah dikoyak oleh Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi yang dilihat sengaja mencetuskan kontroversi. Jumaat lalu, Speaker Dewan berkenaan telah menggesa Facebook untuk memadam sebuah video yang telah dimuatnaik oleh Presiden Donald Trump.

Video yang disiarkan itu didakwa telah diedit, yang memaparkan perbuatan Nancy mengoyak transkrip ucapan presiden tersebut ketika Trump memberi penghormatan kepada seorang pengacara Tuskegee. Sedangkan Nancy mengoyak transkrip itu pada akhir ucapan Trump.

Oleh itu, pejabat speaker bertindak mempertahankan beliau dan menyifatkan ia sebagai sebuah fitnah. Video yang dimuatnaik dengan caption “Kisah Hebat Amerika Telah Dikoyak Oleh Nancy Pelosi” itu disiarkan di Facebook dan Twitter. Selain itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didapati memuatnaik video tersebut di akaun Twitternya pada Khamis buat tatapan lebih 72 juta pengikutnya.

Tidak lama kemudian, kedua-dua syarikat media sosial berkenaan telah digesa untuk memadam video itu. Namun begitu, mereka enggan berbuat demikian atas alasan tersendiri.

Rentetan daripada itu, telah berlaku perselisihan antara wakil staf Nancy Pelosi, Drew Hammill dan jurucakap Facebook, Andy Stone. Drew telah mengkritik laman sosial berkenaan kerana telah menyiarkan video palsu Nancy Pelosi dan menipu semua rakyat Amerika Syarikat serta bersifat mementingkan diri sendiri.

Seterusnya, Andy Stone bertindak mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat itu yang mengoyakkan transkrip ucapan tersebut. Walau bagaimanapun, kedua-dua syarikat media sosial gergasi itu enggan untuk memadam video kontroversi berkenaan.

Hal ini demikian kerana video tersebut didakwa tidak melanggar polisi mereka kerana tindakan Nancy Pelosi itu benar-benar dilakukan olehnya. Manakala Twitter telah mengeluarkan dasar baharu syarikatnya berkenaan media yang telah dimanipulasikan dan akan memadam apa-apa sumber tidak sahih daripada disiarkan. Akan tetapi, dasar tersebut belum lagi dikuatkuasakan sehingga 5 Mac.

Jadi, video yang dimuatnaik oleh Trump itu masih bertetapan dengan peraturan semasa.

Di samping itu, jurucakap kempen Trump, Tim Murtaugh mengatakan bahawa presiden Amerika Syarikat itu tidak peduli mengenai reaksi Nancy Pelosi terhadap video yang disiarkan. Tambahan daripada itu. Tim mendedahkan bahawa video tersebut telah memperoleh 2.1 juta respon dan ditonton oleh hampir 5 juta orang serta dikongsi lebih 23,000 kali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat